Wednesday, August 10, 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH SPECIAL RAMADHAN




KETIKA CINTA BERTASBIH SPECIAL RAMADHAN :
Pesantren Daarul Quràn yang terletak di desa Wangen, Polanharjo, Klaten adalah pesantren terbesar di Jawa Tengah bahagian selatan. Pesantren itu diasuh oleh ulama berkarisma tinggi iaitu Kyai Luthfi Hakim. Suatu waktu Kyai Luthfi Hakim harus menunaikan nazarnya, tinggal di samping Masjidil Haram setengah tahun lamanya. Maka amanah mengasuh pesantren diserahkan kepada menantu dan puterinya tunggalnya iaitu Abdullah Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa. Di sinilah cerita sinetron special ini dimulai.
Pelbagai peristiwa datang silih berganti mewarnai kehidupan di Pesantren Daarul Qur’an. Bagaimanakah Azzam dan Anna menyelesaikan masalah internal mereka, apalagi setelah kehadiran Aprilia, Eliana, dan Qanita?. Bagaimana juga Azzam menjaga adik-adik perempuannya dan menjaga kerjaya sampingannya sebagai pemilik kedai masakan Bakso Cinta? Pelbagai suka dan duka yang perlu ditempuhi mereka dalam menguruskan Pesantren Darul Quran.

No comments:

Post a Comment