7 OGOS 2011 adalah tarikh yang malang bagiku. Pertama sekali aku bangun lewat sehinggakan abangku tidak sedar untuk bangun sahur. Kedua, aku menangis merindukan mak yang jauh di Mukah sehinggakan aku demam panas dan terpaksa dibawa ke klinik. Selepas waktu berbuka, aku memandu sendirian ke klinik. Doktor mengesahkan aku demam dan mengalami gastrik yang teruk. Dia memberi ku cuti sakit kerana badan ku agak lemah dan tidak bermaya. Selepas itu, aku menerima telefon daripada DIA. Dia menyuruhku pergi ke rumah nya untuk makan kerana sehari suntuk aku tidak menjamah sebarang makanan pun (aku tidak dapat puasa kerana masalah wanita). Aku menyatakan kepadanya bahawa aku teringin untuk minum air tebu kerana aku tidak sempat pergi ke bazaar ramadhan akibat hujan lebat. Alhamdulilah aku bernasib baik kerana masih ada sebungkus air tebu yang masih belum dibuka dan aku dapat juga minum air tersebut. Jam menunjukkan pukul 9 dan aku menyatakan kepada emaknya bahaawa aku ingin pulang. Maknya menyuruh dia menghantar ku pulang kerana takut aku memandu seorang diri dengan keadaan yang tidak sihat. Aku memberitahu bahawa aku tidak apa-apa dan aku masih dapat bertahan. Dalam perjalanan pulang, aku merasakan kepalaku pening yang amat sangat. Apabila keluar dari bulatan kompleks,aku terkejut melihat ada motorsikal tiba-tiba memotong dari sebelah kiriku dan terjadilah kemalangan di situ. Tangan aku menggeletar. Aku ketakutan. Aku terus menelefon DIA dan menyatakan aku kemalangan. Dia dan kawan-kawannya terus pergi ke tempat aku kemalangan. Pemuda itu yang bersalah kerana laju dan memmotongku dari sebelah kiri. Tambahan pula,dia tidak mempunyai lesen dan motorsikal nya tidak ada roadtax. Nasib sekali lagi menyebelahi aku kerana kereta yang ku pandu tidak ada apa-apa. Terima kasih kepada pakcik dan makcik yang ada ketika itu membantu untuk menenangkan aku. Makcik itu dengan baik hati menyuruhku menggunakan telefon bimbit nya untuk menelefon abangku. Tidak lama kemudian abangku pun sampai. Abangku dan DIA pergi berjumpa dengan pemuda tersebut dan berbincang dengan cara bagus. Pemuda itu takut kerana abangku ingin membawa kes tersebut kepada polis. Dia merayu supaya menyelesaikan perkara tersebut dengan tidak membawa kepada polis. Dan akhirnya kami tidak perlu membayar satu sen pun sebagai ganti kerana aku tidak bersalah. Abangku yang memandu dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku minta maaf abang kerana menggunakan keretamu sehingga berlakunya kemalangan. Aku minta maaf sangat kerana tidak menjaga amanahmu dengan baik.
untuk abangku yang tersayang
AZMAN FARIZ
No comments:
Post a Comment