hari ini aku set jam untuk bangun sahur pukul 4.30 pagi tetapi akibat hujan aku malas untuk bangun. jam 4.50 teman bilikku mengejutkan aku supaya bangun untuk sahur dan aku menyatakan bahawa aku malas untuk bangun. akhirnya aku tidak sahur pagi tadi. kemudian aku bangun jam 7 mengejutkan insan yang tersayang untuk bersiap pergi ke kelas. selepas itu aku sambung tidur lagi. aku kesejukan kerana hujan sangat lebat pada pagi ini. jam 8 pagi insan yang tersayang menelefonku menyatakan bahawa di Kuching juga hujan lebat dan dia akan turun ke kelas agak lewat sedikit. untuk pengetahuan anda, aku tertidur semasa bertelefon dengan insan tersayang semalam. dia tidak marah kepadaku earna dia tahu aku keletihan dan tidak mempunyai tidur yang cukup. jam menunjukkan pukul 9 pagi. aku harus mandi dan berkemas sekarang kerana aku mempunyai kelas pada pukul 10 pagi sehingga 5.30 petang. sekian untuk hari ini.
p/s: hanya orang yang sayang kepada kita akan memahami kita. :)
No comments:
Post a Comment